Thursday, September 2, 2010

MOTO PERSATUAN

MOTO


KEIKHLASAN, KEJUJURAN, KEPANTASAN, KESABARAN, KETAATAN

VISI

Memartabatkan masyarakat Melayu Islam Nusantara
MISI

Mengukuhkan masyarakat Melayu Islam Nusantara dalam pelbagai aspek meliputi Agama, sosial dan Ekonomi
Piagam Pelanggan

IKHLAS- menghulurkan bantuan kepada semua pihak yang benar-benar memerlukan

JUJUR - membantu pihak yang memerlukan dari kalangan bangsawan hingga rakyat jelata

PANTAS - bertindak segera bila diarah dan diperlukan

SABAR - sanggup meladeni cabaran, rintangan dan kesulitan yang dihadapi

TAAT - mentaati Raja Melayu, Rukun negara dan undang-undang negara
MATLAMAT

1. Memertabatkan Institusi Raja Melayu Nusantara

2. Memantapkan kebajikan waris dan ahli persatuan serta masyarakat Melayu Islam

3. Mengukuhkan hal berkaitan agama Islam, Ekonomi dan Sosialdi kalangan waris dan masyarakat Melayu Islam

4. Memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan terutamanya dalam perubatan tradisional

5. Meningkatkan penguasaan ekonomi dan imej waris dan masyarakat Melayu Islam di Nusantara

6. Membantu pihak berwajib membenteras kepincangan sosial masyarakat

A. KEBAJIKAN


1. Ahli

1.1. Memantapkan ekonomi menerusi aktiviti pertanian, penternakan dan aktiviti lain yang sesuai

1.2. Saling membantu sesama ahli dalam apa juga keperluan , kesulitan, keselamatan dan kesihatan.

2. Masyarakat

2.1. Membantu dalam bidang perubatan tradisional

2.2. Membantu dalam hal kenderaan yang rosak

2.3. Membantu meringankan masalah ekonomi

2.4. Membantu kerajaan dalam sistem penyampaian kepada rakyat

2.5. Membantu membenteras kegiatan tidak bermoral dan aktiviti yang melanggar undang-undang
B. AGAMA

1. Ahli

1.1. Menggalakkan ahli mengamalkan kehendak agama dengan sedaya dan sesempurna mungkin

1.2. Membina pasentren di lokasi yang sesuai untuk pengabadian dan penyucian

1.3. Memantapkan Ilmu agama dalam aspek Syariat, Hakikat dan Maarifat menerusi ceramah dan kuliah agama oleh guru

yaang bertauliah

2. Masyarakat

2.1. Memantapkan aktiviti surau atau masjid samada di badar atau kampung

2.2. Menganjurkan kuliah, kelas, ceramah agama, motivasi di semua peringkat umur



C. RIADAH

1. Ahli

1.1. Melibatkan ahli dalam aktiviti kekeluargaan seperti memancing, berkemah, permotoran, sukan dan sebagainya



2. Masyarakat

2.1. Menganjurkan aktiviti sukan rakyat di lokasi yang difikirkan perlu dan sesuai

2.2. Menganjurkan sukaneka dan aktiviti lain yang perlu di lokasi yang sesuai



D. SOSIAL

1.1. Memantapkan institusi keluarga dan masyarakat

1.2. Membenteras kegiatan maksiat dan aktiviti yang melanggar hukum agama

No comments:

Post a Comment