Monday, August 30, 2010

: Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan tenaga yang terpendam. Tenaga yang boleh kita bebaskan untuk bertanding dalam perlumbaan hidup. Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan keberanian yang terpendam. Keberanian yang memberi kita kekuatan untuk menghadapi sebarang cabaran. Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan keazaman yang terpendam. Keazaman untuk kekal dalam perlumbaan meskipun segalanya kelihatan buntu


: Apabila Syurga hendak menganugerahkan tanggungjawab yang berat ke atas seorang insan, pertama sekali, ia akan menguji kekuatan mindanya dengan mengenakan penderitaan, membebankan otot dan tulangnya dengan tugas-tugas yang menjerihkan, membiarkannya kelaparan, menghalangnya daripada memiliki sebarang harta benda, dan menghancurkan

kita terlalu kerap melihat kalendar harian sebagai hanya satu lambang perjalanan masa. Kita lupa bahawa ada sebab bagi segala kesakitan dan segala perjuangan. Kita lupa yang kita diletakkan di dunia ini untuk mempelajari sesuatu. Jika semuanya dalam hidup ini sempurna, kita tidak akan belajar sesuatu yang baru. Kita tidak akan terdaya untuk membangkitkan semangat kita melalui peristiwa hidup kita.


: Fikiran positif (keseronokan, kegembiraan, kepuasan, pencapaian, jati diri) membawa kepada kesan positif (semangat, ketenangan, kesejahteraan, ketenteraman jiwa, tenaga, kasih sayang). Fikiran negatif (penilaian diri, rendah diri, kecurigaan, kebencian, ketakutan) menghasilkan kesan negatif (ketegangan perasaan, kebimbangan, pengasingan, kemarahan, keletihan).

No comments:

Post a Comment