Saturday, November 6, 2010

                            PERLEMBAGAAN PERSATUAN
 
 
1. Keahlian terbuka kepada semua waris Kesultanan Johor atau Kesultanan Nusantara
2. Sebelum diterima menjadi ahli, individu harus diuji kesahihan warisnya dan fahaman agamanya
3. Ahli perlu mengenakan kemeja putih, berjaket hitam berlogo persatuan terutama semasa perjumpaan rasmi
4. Seberapa boleh ahli dikehendaki menyertai semua aktiviti yang diberitahu atau dirancang
5. Ketidaksanggupan ahli menyertai program persatuan boleh menjejaskan keahlian seorang individu
6. Apabila keahlian individu digantung atau dihentikan, maka segala keistimewaan individu tersebut di dalam persatuan terhenti serta merta
7. Ahli persatuan dimestikan menyimpan rahsia persatuan dan ahli untuk keselesaan semua pihak
8. Ahli persatuan perlu terbuka ketika menghadapi kesulitan untuk ahli lain sama-sama memahami dan menyelesaikannya
9. Persatuan tidak akan terikat dengan mana-mana politik yang bersifat kepartian

Thursday, September 2, 2010

MOTO PERSATUAN

MOTO


KEIKHLASAN, KEJUJURAN, KEPANTASAN, KESABARAN, KETAATAN

VISI

Memartabatkan masyarakat Melayu Islam Nusantara
MISI

Mengukuhkan masyarakat Melayu Islam Nusantara dalam pelbagai aspek meliputi Agama, sosial dan Ekonomi
Piagam Pelanggan

IKHLAS- menghulurkan bantuan kepada semua pihak yang benar-benar memerlukan

JUJUR - membantu pihak yang memerlukan dari kalangan bangsawan hingga rakyat jelata

PANTAS - bertindak segera bila diarah dan diperlukan

SABAR - sanggup meladeni cabaran, rintangan dan kesulitan yang dihadapi

TAAT - mentaati Raja Melayu, Rukun negara dan undang-undang negara
MATLAMAT

1. Memertabatkan Institusi Raja Melayu Nusantara

2. Memantapkan kebajikan waris dan ahli persatuan serta masyarakat Melayu Islam

3. Mengukuhkan hal berkaitan agama Islam, Ekonomi dan Sosialdi kalangan waris dan masyarakat Melayu Islam

4. Memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan terutamanya dalam perubatan tradisional

5. Meningkatkan penguasaan ekonomi dan imej waris dan masyarakat Melayu Islam di Nusantara

6. Membantu pihak berwajib membenteras kepincangan sosial masyarakat

A. KEBAJIKAN


1. Ahli

1.1. Memantapkan ekonomi menerusi aktiviti pertanian, penternakan dan aktiviti lain yang sesuai

1.2. Saling membantu sesama ahli dalam apa juga keperluan , kesulitan, keselamatan dan kesihatan.

2. Masyarakat

2.1. Membantu dalam bidang perubatan tradisional

2.2. Membantu dalam hal kenderaan yang rosak

2.3. Membantu meringankan masalah ekonomi

2.4. Membantu kerajaan dalam sistem penyampaian kepada rakyat

2.5. Membantu membenteras kegiatan tidak bermoral dan aktiviti yang melanggar undang-undang
B. AGAMA

1. Ahli

1.1. Menggalakkan ahli mengamalkan kehendak agama dengan sedaya dan sesempurna mungkin

1.2. Membina pasentren di lokasi yang sesuai untuk pengabadian dan penyucian

1.3. Memantapkan Ilmu agama dalam aspek Syariat, Hakikat dan Maarifat menerusi ceramah dan kuliah agama oleh guru

yaang bertauliah

2. Masyarakat

2.1. Memantapkan aktiviti surau atau masjid samada di badar atau kampung

2.2. Menganjurkan kuliah, kelas, ceramah agama, motivasi di semua peringkat umur



C. RIADAH

1. Ahli

1.1. Melibatkan ahli dalam aktiviti kekeluargaan seperti memancing, berkemah, permotoran, sukan dan sebagainya



2. Masyarakat

2.1. Menganjurkan aktiviti sukan rakyat di lokasi yang difikirkan perlu dan sesuai

2.2. Menganjurkan sukaneka dan aktiviti lain yang perlu di lokasi yang sesuai



D. SOSIAL

1.1. Memantapkan institusi keluarga dan masyarakat

1.2. Membenteras kegiatan maksiat dan aktiviti yang melanggar hukum agama

Monday, August 30, 2010

MADAH PESAHABATAN

1. Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.


2. Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.


3. Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.


4. Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian
: Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan tenaga yang terpendam. Tenaga yang boleh kita bebaskan untuk bertanding dalam perlumbaan hidup. Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan keberanian yang terpendam. Keberanian yang memberi kita kekuatan untuk menghadapi sebarang cabaran. Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan keazaman yang terpendam. Keazaman untuk kekal dalam perlumbaan meskipun segalanya kelihatan buntu


: Apabila Syurga hendak menganugerahkan tanggungjawab yang berat ke atas seorang insan, pertama sekali, ia akan menguji kekuatan mindanya dengan mengenakan penderitaan, membebankan otot dan tulangnya dengan tugas-tugas yang menjerihkan, membiarkannya kelaparan, menghalangnya daripada memiliki sebarang harta benda, dan menghancurkan

kita terlalu kerap melihat kalendar harian sebagai hanya satu lambang perjalanan masa. Kita lupa bahawa ada sebab bagi segala kesakitan dan segala perjuangan. Kita lupa yang kita diletakkan di dunia ini untuk mempelajari sesuatu. Jika semuanya dalam hidup ini sempurna, kita tidak akan belajar sesuatu yang baru. Kita tidak akan terdaya untuk membangkitkan semangat kita melalui peristiwa hidup kita.


: Fikiran positif (keseronokan, kegembiraan, kepuasan, pencapaian, jati diri) membawa kepada kesan positif (semangat, ketenangan, kesejahteraan, ketenteraman jiwa, tenaga, kasih sayang). Fikiran negatif (penilaian diri, rendah diri, kecurigaan, kebencian, ketakutan) menghasilkan kesan negatif (ketegangan perasaan, kebimbangan, pengasingan, kemarahan, keletihan).

CANDIT CAMERA

DI ALINA KOPI JANDA

AHLI JAWATAN KUASA

  1. PENGERUSI : MOHD RAZALI BIN PALIL
  2. NAIB PENGERUSI :
  3. PENASIHAT:  TALIB BIN HJ MOILAN
  4. P.PENASIHAT : RAMLI BIN ABD GHANI
  5. SETIAUSAHA : ISMAIL BIN SALLEH
  6. P.SETIAUSAHA :ZULKIFLI BIN MOHAMED
  7. BENDAHARI : ISMAIL BIN MAHADI
  8. P.BENDAHARI : ASPAR BIN MOHMAD
  9. AUDIT : AZIZAN BIN TALIB
AJK :      
  • MOHD BANI BIN MAWI
  • MOHD DIAH BIN SARIMAN
  • JAMAL BIN ISMAIL
  • ZAHARI BIN ALI
  • SANI B IN MAHAT
  • MOHAMAD BIN NONG
  • AHMAD BIN SAIMAN
  • MOHAMAD BIN OMAR
  • YASIR ARAFAT BIN  MOHD ISA
  • MOHD NAZRI BIN YAHYA    
  • SAPUAN BIN SALIHIN    

AJK BERTINDAK

  1. TALIB BIN HJ MOILAN
  2. MOHD RAZALI BIN PALIL
  3. RAMLI BIN ABD GHANI
  4. ISMAIL BIN MAHADI
  5. ISMAIL BIN SALLEH
  6. ZULKIFLI BIN MOHAMED
  7. ASPAR BIN MOHMAD
  8. AZIZAN BIN TALIB
  9.  SAPUAN BIN SALIHIN

GAMBAR KENANGAN

PERJUMPAAN DI RESTORAN ALINA YONG PENG


UJIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI



Monday, August 23, 2010

SENARAI NAMA PEWARIS

  1. FARAH 'AIN BTE ABDULLAH
  2. MOHD RAZALI BIN PALIL
  3. TALIB BIN HJ MOLLAN
  4. ISMAIL BIN MAHADI
  5. AZIZAN BIN TALIB
  6. ZULKIFLI BIN MOHAMED
  7. ZAHARI BIN ALI
  8. SANI BIN MAHAT
  9. RAMLI BIN ABD,GHANI
  10. ASPAR BIN MOHMAD
  11. MOHAMAD BIN NONG
  12. ISMAIL BIN SALLEH
  13. AHMAD BIN SAIMAN
  14. SAPUAN BIN SALIHIN
  15. JAMAL BIN ISMAIL
  16. MOHD BANI BIN MAWI
  17. MOHAMAD BIN OMAR
  18. MOHD DIAH BIN SARIMAN
  19. YASIR ARAFAT BIN MOHD ISA
  20. MOHD NAZRI BIN YAHYA

KESUMA NIGRAT JOHOR

kesuma ningrat johor adalah:
K - KALIMAH
E - ESA
S - SUNNAH
U - UMMAH
M - MEMUJI
A - ALLAH

N - NEGARA
I - ISLAM
N - NIKMAT
G - GAGASAN
R - RAKYAT
A - AKUR
T - TAAT

J - JASA
O - OLAHAN
H - HIDUP
O - ORANTASI
R - RAJA